Friday, September 05, 2008

Al Fatihah

Tan Sri Abdul Samad Ismail @ Pak Samad ( 24th. April 1925 - 4th. September 2008 )

2 comments:

Anonymous said...

http://www.kulitpisang.com

Tan Sri Abdul Samad Ismail, Tokoh Pelbagai Bakat

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) — Tokoh Kewartawanan Negara dan pejuang kemerdekaan Tan Sri Abdul Samad Ismail, yang meninggal dunia hari ini kerana jangkitan paru-paru, adalah seorang tokoh yang mempunyai pelbagai bakat.

Abdul Samad memulakan karier dalam bidang kewartawanan sebagai pemberita kadet dengan Utusan Melayu semasa berusia 16 tahun, selepas menamatkan pengajian Senior Cambridge. Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Samad menjadi wartawan terkenal, tokoh sasterawan dan pejuang Bahasa Malaysia, aktivis politik dan kesatuan sekerja, pejuang hak asasi selain menjadi pembekal senjata kepada pejuang kemerdekaan Indonesia dalam tahun 1940-an.

Beliau yang dididik Abdul Rahim Kajai, menjadi editor Berita Malai pada awal usia 20-an, gabungan Utusan Melayu dan Warta Melayu semasa pendudukan Jepun dalam tahun 1940-an berikutan kematian mengejut Abdul Rahim.

Semasa pendudukan Tentera Jepun, beliau dipengaruhi dalam bidang politik melalui wartawan Ibrahim Yaakob dan Kesatuan Melayu Muda dan membabitkan diri dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Indonesia.

Allahyarham juga membabitkan diri dengan perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan Malaya dan menjadi anggota pengasas Parti Kebangsaan Melayu.

Selepas pendudukan Jepun pada 1946, beliau kembali kepada Utusan Melayu sebagai penolong editor dan tujuh tahun kemudian sebagai timbalan editor. Pada 1951 beliau dipenjarakan oleh pentadbiran kolonial British tanpa perbicaraan atas dakwaan terbabit dalam kegiatan komunis dan dibebaskan pada 1953.

Selepas pembebasannya, beliau menyertai Lee Kuan Yew bagi menubuhkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan membuat draf perlembagaan dan manifesto parti itu tetapi meninggalkanya pada 1957.

Pada tahun yang sama, beliau dihantar ke Indonesia sebagai koresponden Utusan berikutan perselisihan kecil dengan pengarah urusan dan ketua pengarang Utusan, Yusoff Ishak, menyebabkan beliau terlepas sambutan hari kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos walaupun beliau merupakan pejuang kemerdekaan negara.

Di Indonesia, beliau diterima baik oleh rakan seperjuangan termasuk Adam Malik dan berada di republik itu selama lapan bulan sebelum kembali semula ke Singapura dan menyertai New Straits Times.

Allahyarham kemudian menjadi editor penasihat sebuah akhbar baru berbahasa Melayu, Berita Harian, pada 1958 dan berpindah ke pejabat editorial akhbar itu di Kuala Lumpur.

Pada 1972, Abdul Samad, yang pada masa itu merupakan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, mengetuai usaha menukar pemilikan operasi kumpulan itu ke tangan rakyat Malaysia.

Pak Samad seorang yang gemar membaca juga menjadi jaguh kesusasteraan Melayu dan menjadi penggerak utama dalam menubuhkan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS ‘50), pergerakan sastera yang berjuang untuk hak dan kebebasan orang Melayu pada 1950-an.

Allahyarham juga terlibat dalam menubuhkan Persatuan Penulis Nasional (PENA), Persatuan Penulis-Penulis Kebangsaan dan membantu menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka, sebuah institusi bahasa dan kesusasteraan pada 1956.

Walaupun sibuk dengan kehidupan sebagai wartawan, Pak Samad masih sempat menghasilkan karya tulisan antaranya termasuk 11 novel, empat buah buku mengenai kewartawanan dan penulisan dan dua antologi cerita pendek.

Antara novelnya adalah “Patah Sayap, Terbang Jua” dan “Tembok Tidak Tinggi” yang memaparkan pengalaman kehidupannya sebelum dan semasa pendudukan Tentera Jepun dan sebelum beliau dipenjara.

Melalui hasil tulisannya, beliau membantu membebaskan minda orang Melayu dan menggerakkan perjuangan mendapatkan kemerdekaan dari penjajahan.

Bagi karya kesusasteraan, Allahyarham dianugerahkan “Hadiah Pejuang Sastera” pada 1976 oleh kerajaan Malaysia dan pada 1988 beliau menjadi penerima pertama anugerah “Tokoh Wartawan Negara” yang dianjurkan oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI).

Penerima anugerah Ramon Magsaysay bagi Kewartawanan, Kesusasteraan dan Seni Komunikasi Kreatif pada 1994 itu ditahan pada 1976 hampir lima tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas dakwaan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan Singapura.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri pada 1981, Abdul Samad dibebaskan daripada tahanan dan enam bulan kemudian, dalam bulan Ogos, beliau dilantik sebagai penasihat akhbar Star berbahasa Malaysia dan pada November 1982 dilantik sebagai penasihat editorial akhbar New Straits Times.

Allahyarham bersara pada 1988 selepas 48 tahun dalam dunia kewartawanan tetapi tidak pernah duduk diam dan terus menulis, membaca dan menjadi rujukan bagi isu-isu mengenai kewartawanan dan kemerdekaan Malaysia.

Pada tahun 2000, sebuah buku mengenai beliau bertajuk “A Samad Ismail:Journalism and Politics” yang disusun oleh Cheah Boon Kheng, mengandungi artikel mengenai beliau yang ditulis oleh arwah isterinya Puan Sri Hamidah Hassan yang juga bekas pemberita, dan kawan-kawannya termasuk Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah, dilancarkan.

Abdul Samad, dilahirkan pada April 18, 1924 di Singapura merupakan anak kelapan daripada 16 anak dari pasangan keturunan Jawa, Ismail Shairazi dan Aida Abdul Majid.

Bapa beliau, seorang guru besar sebuah sekolah Melayu di Singapura juga merupakan seorang penulis dan telah menyumbang artikel dalam bahasa Melayu untuk akhbar-akhbar tempatan.

Dua daripada 10 anak Allahyarham, Maria dan Nuraina adalah bekas wartawan politik.

– BERNAMA

Anonymous said...

stephen,

thank you for this posting.

nuraina and family.